“Adu Jalan Teruk Terus Pada Agong, Panggil Raja Permaisuri Datin” - Rakyat Sabah Memang Best


Adu jalan teruk terus pada Agong, panggil raja permaisuri Datin, rakyat Sabah memang best. Kembara Kenali Borneo Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Sabah  bermula 3 September lalu masih berlangsung hingga kini.

Menariknya pasangan DiRaja ini sudi mencemar duli bertemu rakyat tempatan di sepanjang  900 km merentasi pelbagai dearah di Sabah tanpa sebarang protokol sebelum meneruskan kembara perjalanan ke Lawas, Sarawak dan Brunei Darussalam sebelum ke Miri untuk Kembara Kenali Borneo di negeri jiran itu pula.

Adu Jalan Teruk Terus Pada Agong

Sudah pasti ada pelbagai gelagat dirakam dan paling utama rakyat Sabah yang berpeluang menemui baginda berdua tidak melepaskan peluang merakam kenangan termasuk bersalaman dan berkongsi luahan perasaan mereka.

Apa yang menceriakan suasana, rakyat dilihat membuat aduan terus kepada Agong dan Raja Permaisuri Agong semua masalah-masalah yang  dipendam mereka selama ini.

Jika sebelum ini,  aduan jalanraya berlubang dibuat kepada JKR negeri dan YB yang dipilih rakyat tetapi nampaknya orang-orang di Sabah membuat aduan terus kepada Baginda berdua dan lebih menarik, Raja dan Permaisuri Agong melayan kesemua aduan termasuk Tuanku Permaisuri membuat cacatan di notanya sekaligus membuktikan keduanya berjiwa rakyat.

Rakyat Sabah Memang Best

Malah dalam satu video lain, ada jeritan memanggil Tuanku Permaisuri sebagai Datin dan paling best dalam kembara Borneo ini, Tuanku dan Raja Permaisuri Agong begitu sporting melayannya.

“Adu Jalan Teruk Terus Pada Agong, Panggil Raja Permaisuri Datin”, Rakyat Sabah Memang Best“Adu Jalan Teruk Terus Pada Agong, Panggil Raja Permaisuri Datin”, Rakyat Sabah Memang Best

Sumber Wanita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.


Related Posts: